Tips bercuti yang memang korg kena buat before pergi bercuti. Tips nie dari pengalaman sendiri. Hopefully membantu. Lelagi skrg nie memang ramai org suke backpack dan bercuti.
1) Kenalpasti tempat yang nak dituju
Nie sangat penting, sebab ade org tak tawu nak pergi mane. Terlalu banyak pilihan sampai tak tawu nak pilih mana. Sudahnya tak pergi bercuti dan tengok je gambar org lain pergi bercuti. Kan da menyesal 😂 Memang terlalu banyak tempat menarik yang nak dituju. Tapi cari satu tempat dan fokus ape yang menarik kat situ. Jangan tamak.
2) Kenalpasti ape yang menarik kat situ
Search ape yang menarik kat tempat korg nak tuju tu. Contoh korg nak pergi ke Melaka. Search google apa yang menarik kat situ. List down kan terus sebab senang nak buat plan.
3) Pilih tarikh yang sesuai
Ini sangat penting. Aku suggestkan jangan la pergi bercuti waktu cuti public tu. Ya Allah membazir masa je sebab dengan jem nya dengan menunggu gilirannya. Seriously masa kau akan banyak bazir pada waktu tu je. Sudahnya kau stuck kat satu tempat tu berjam² sebab terlalu ramai org. Kalau nak percutian yang selesa, pilih lah date yang bukan cuti public. Tak pon pergi time weekdays je. Sangat best sebab tak ramai org. Haa. Masa tu boleh la pergi banyak tempat sbb da saving masa dari menunggu giliran semata. Dan jimat pon jimat ^^
4) Pilih tempat tinggal yang sesuai
Haa. Kalau da tawu date nak pergi baru boleh survey tempat nak bermalam plak. Buat survey, jangan malas. Sebab banyak gile hotel, homestay, chalet yang korg boleh pilih dan bandingkan harga. Normally kalau weekdays memang murah. Weekend or public memang mahai la kan toksah complain lebih la. Sape suruh pergi time public. Padan muka :p
5) Saving
Da nama pon nak bercuti mesti la pakai duit banyak kan. Haa so ape lagi kena saving duit la untuk bercuti. Disebabkan korg dah tawu nak pergi mane, duduk mane ape sume tu. So mesti da le agak bajet bape. So selamat ikat perut la ye 😂 :p
6) Bawak barang yang penting sahaja
Nie sangat penting jugak, sebab kadang² kte nie main capai je semua benda. Sudahnya bukan guna pon masa bercuti tu. Da la datang keta da penuh. Balek lagi la tak tawu nak cakap camne. Takkan la masa pi bercuti tu takde shopping kan. So rancang dengan bijak ape yang anda mahu pakai dan guna. Kalau nak standby pon at least satu baju je. Tak payah la sampai berpasang² 😂 :p
7) Servis kenderaan anda
Sebelum jalan jauh tu servis kenderaan anda. Pastikan semuanya dalam keadaan baik. Make sure minyak da isi penuh, air keta cukup dan sebagainya.
8) Jangan lupa diri
Haa part nie sangat penting. Jangan seronok sangat bercuti. Nak seronok boleh, mmg tujuan kte bercuti untuk seronok. Tapi jangan sampai lupa diri. Sebab lepas kau gelak² over sangat mesti kau akan sedih. So behave okay ;) Dan jangan lupa baca doa moga dipermudahkan semuanya ^^v
No comments:
Post a Comment