Tuesday, October 24, 2017

My car got crashed

Ahad 22/10/2017 @ 4.30pm, insyaallah aku takkan lupa hari itu dan kejadian itu. Untuk pertama kalinya selepas 6 tahun aku memandu, aku accident. Dilanggar motor superbike waktu aku nak masuk simpang ke kiri. Serious aku masih trauma ngan kejadian nie sebenarnya sebab aku memang tak sangka benda nie jadi. Masa tu aku dari rumah mama kat Bandar Sultan Suleiman nak balik ke rumah aku kat Rantau Panjang, dan dari jalan besar tu aku nak masuk simpang belah kiri, aku dah bagi signal dan slowkan kenderaan. Sebelum tu aku ada potong satu motor nie, so dia dah kat belakang aku la. Tetibe masa aku nak belok ke kiri, ade motor lain hentam side mirror kiri and terbang terhumban (dada dia terhentak). Masa tu keadaan aku tak usah cakap la, memang aku mengigil masa tu, aku nak turun tengok tapi aku terkejut, aku take time jap then baru aku turun. Tapi masa aku turun tu pon memang badan aku mengigil and kaki aku lemah gila. Sebab aku risau kalau abg tu dah out. Tu yang aku paling risau. Bila aku turun tengok tu, dia ada lagi cukup buat aku rasa syukur. Tapi masa tu aku terus cakap dalam keadaan terkejut "bila masa abg ada kat sebelah, sy tak nampak abg pon, sy nampak abg nie je (abg yg aku potong motor dia tu)". Abg yg aku potong motor dia tu plak cakap, "takpe kak, akak tak salah, saya nampak semuanya sbb saya kat blkg akak tadi. Abg nie yg tetibe nak potong akak tapi potong dari belah kiri. Sy dah agak dah nie mesti tak lepas nie, sekali betul tak lepas". Then org dah mula kerumun. Masa aku turun tu keta aku betul² kat tengah jalan simpang 3 tu. Then ada org suruh aku alihkan keta, masa tu baru aku call Roza and Ayah. Masa call tu memang aku nangis la sebab aku terkejut kot. Then Roza and Ayah sampai, Roza bawakkan abg tu ke Hospital. Aku plak balik rumah mama balik. Bila dah sampai rumah mama baru aku perasan pintu kiri aku kemek, calar, cermin signal pecah, pintu tak le bukak. Aku ingatkan side mirror je pecah, rupanya banyak lagi yang rosak 😭😭😭. Serious kejadian nie memang buat aku rasa trauma, untuk beberapa harinie aku masih terngiang² sebab aku nampak depan mata aku org tu langgar and hentam side mirror aku and terjatuh. Allah, syukurlah takde yang teruk. Kesimpulannya, berhati² la, kadang² tu la kita nie dah cukup berhati² tapi org lain yang tak reti nak berhati².

No comments:

Post a Comment