Hai guysss. On 1 Aug - 4 Aug 2017 haritu aku satu family bercuti ke Kota Kinabalu dan Kundasang. Serious KK dan Kundasang sangat best. Act ktorg dah book flight nie dari tahun lepas lagi bulan 11, 2016 thru Air Asia promotion tu. Tips nak beli tiket flight murah ialah make sure waktu nak pergi tu bukan weekend dan public sebab kalau kau nak book waktu weekend dan public harga dia memang tersangat lah mahal dan membazir. So tips nak beli tiket flight kena beli hari biasa dan bukan cuti sekolah. Dan kalau nak tengok flight murah waktunya adalah waktu pagi² yg org tengah tdow tu. Waktu aku beli tiket nie pon masa tu pukul 1am kot aku check then terus proceed. Harga tiket aku RM148 pergi balik dari KLIA2 - KKIA. Murah kan.
01 Aug 2017 - Flight ktorg pukul 7.20am so pukul 3am ktorg dah keluar rumah dan sampai KLIA pukul 5am. Sampai² je kat tempat nak check in aku dah gelabah apehal ramai sangat org dalam nie pepagi buta nie. So tips sampai² je airport carik screen yang tunjuk flight detail tu then check pukul bape flight korg. Then terus pergi check in bagasi (kalau ada book), jangan delay² sebab takut ramai org nanti susah. Check in bagasi dua jam before depart dan check in flight 1 jam before depart. Settle je check in bagasi ktorg terus check in flight.
|
Menyempat makan dalam flight :D Mushroom soup nie RM6 je. |
|
Lasagna nie RM12. Sedap gak rasa dia. |
|
Sampai KK dah :D |
Second tempat ktorg pergi Pekan Nabalu. Masa kat Pekan Nabalu suhu dah start sejuk dah. Memang best. Sini tempat shopping untuk barang kraftangan. Dan kat sini korg boleh tawar2 harga lagi. Cuba la mintak kurang sampai 5 ke 10 hengget, mane tawu ada rezeki dapat ke. Hehe. Kat sini aku suggestkan beli beg bakul tikar yang org bawak gi pasar tu. Serious murah. Yang sederhana besar baru RM25. Yang kecik tu RM15. Kat tempat lain kalau korg tengok ada harga dia sampai RM45 taw. Mahal. Better beli kat sini. Cantik pon cantik dan le bawak gi pasar. Senang. Hee.
|
Cantik kan beg2 tikarnya. Serious murah gile kat Pekan Nabalu nie. Rugi tak beli. |
|
View dari Pekan Nabalu. |
|
Sempat lagi makan durian kat Pekan Nabalu. Walaupon kecik, tapi serious sedap :P |
Lepas tu ktorg terus naik ke Kundasang. Jalan nak ke Kundasang nie lebih kurg macam Cameron. Tapi kat sini korg takyah risau sebab pemandu2 dia sangat berhemah tak macam Semenanjung okay. Kalau korg jumpe yang tak berhemah tu rasanya orang Semenanjung la tuh. Haha. Serious dorg bawak keta memang sopan. Dan lagi satu tips korg jangan makan jalan org sepanjang kat sana, sebab jalan dia banyak selekoh. Dan kat sana banyak lori, so kalau nak memotong ada jalan khas untuk potong.
Sampai pekan Kundasang, ktorg terus beli kepak ayam yang dekat depan Kundang War Memorial tu. Serious memang sedap gile kepak ayam dia. Kedai dia agak tersembunyi sikit tapi kalau nak senang carik, korg carik public toilet yang warna kuning tu, memang betul2 bertentangan dengan dia kedai tu. Then ktorg pergi ke Kundasang War Memorial. Masuk situ RM2/person. Dalam tu tak besar sangat, tapi bagi aku tempat yang paling menarik tempat yang paling last sekali yang mengadap view pekan Kundasang. Serious angin memang kuat gile.
Mostly ramai dah tawu Sabah Sarawak memang cepat gelap dari Semenanjung. Kalau pukul 6.30pm tu dah macam pukul 7pm dah kat Semenanjung. Dan mostly tempat2 berjalan kat sini semua tutup pukul 5pm. So kalau nak pergi berjalan plan la gerak keluar awal dan balik awal. Heee.
|
Nie kepak ayamnya. Serious sedap. |
Cukup aktiviti untuk haritu, then ktorg terus check in dekat Mile 36 Lodge. Homestay ktorg nie dekat tengah2 dan jalan sebelum ke pekan Kundasang. So far memang cantik gile homestay ktorg. Sejuk pon sejuk. Memang tahap sejuk dia kalah Cameron wehhhh. Dan kat sini line ktorg memang takde langsung, dan jangan risau kalau korg rasa korg akan kebosanan sebab tempat nie dah sediakan pelbagai jenis permainan untuk korg bawak ke bilik dan main. Masa nie ktorg amik game Battle Ship dan Chess. Dorg memang bagi kte bawak game ke bilik dan just pulangkan je masa check out tu.
Untuk homestay nie dia ada include package breakfast sekali. Rasa makanan dia boleh la. Not bad.
|
Bilik utama. Queen size. |
|
2nd room. |
|
Ruang tamu. |
|
Tempat breakfast dia best sebab view garden and mountain. |
02 Aug 2017 - Hari kedua ktorg plan untuk jalan2 area Kundasang dan terus shoot naik KK balik. So first tempat yang ktorg pergi is Desa Dairy Farm. Tips kalau nak pergi Dairy Farm nie better pergi awal2 pagi sebab kalau pergi dah lewat nanti korg tak dapat amik gambar yang nampak puncak gunung KK. Masa ktorg pergi nie alhamdulillah even dah pukul 10am pon ktorg still nampak puncak gunung KK. Bayaran masuk sini RM5/person. Kat sini angin dia agak kuat dan kau le nampak lembu2 dia yang warna hitam putih tu dan view dia sebijik macam Switzerland. Serious memang cantik. Bau lembu? Tu benda standard la, kalau dah ada lembu mesti la ada bau dia kan. Tu kena tahan sendiri la. Hehe. Masuk sini korg patut try yogurt, aiskrim dan susu dia. Masa aku gi nie, aku rasa yogurt, aiskrim dan puding tak silap. Serious memang sedap gile.
Tempat kedua ktorg pergi is Poring Hot Spring. Tempat nie agak besar untuk diexplore sebab dia bukan setakat ada kolam air panas, dia jugak ada swimming pool, Taman Rama-Rama, Gua Kelawar, Air Terjun, Canopy Walk dan macam2 lagi. Yang aku sempat explore Canopy Walk dan jalan2 kat sekitar kolam air panas je. Nak rendam kaki ke mandi ke semua tak sempat sebab kejar masa. So pada siapa plan nak ke KK plan lah dengan sebaiknya sebab kalau nak lepak kat Poring Hot Spring nie at least kau kena amik masa satu hari untuk explore tempat2 kat situ. Tiket masuk plak cuma RM3/person. Tapi tempat2 yang lain macam Taman Rama-Rama, Canopy Walk tu semua harga lain. Kalau nak tawu tiket Poring Hot Spring nie boleh digunakan jugak untuk masuk ke Kinabalu Park tapi dengan syarat pada hari yang sama. Kalau hari lain2 kena beli tiket baru.
Tempat ketiga, ktorg pergi ke Tagal Sg Moroli. Tapi sayangnya masa sampai sana tempat nie tutup sebab air sungai terlalu keruh dan takde ikan pon yang kelihatan. Huhu sedih gile datang jauh2 tak dapat buat aktiviti kat sini. Dan org tu ada cakap, kalau nak datang ke Fish Spa nie better call dulu sebab kadang2 dorg tutup disebabkan air sungai yang tak cantik. No fon dorg (0148554406-Yatie Assry), (0128034201-Sylvia), (088876988-Office). Kalau nak tawu Sabah Tea plak bersebelahan saja dengan Fish Spa nie. Siapa nak tengok ladang teh Sabah leh singgah sekali.
Tempat terakhir yang ktorg singgah sebelum gerak ke KK is Kinabalu Park. Tapi sayang, masa sampai sana pon hari hujan, so tak dapat jalan2 kat track yang dia sediakan, ktorg jalan naik van sampai ke pintu masuk untuk hiker2 tu je, then turun keluar balik :(
|
View dari sini serious cantik. Lepas tu akan nampak air terjun. |
Kat KK, ktorg stay kat Hotel Iskandar. Hotel nie betul2 kat bandar dia yang pesat tu. Kira hotel bajet la nie. Kat kawasan2 deret2 kedai. So kemudahan memang banyak sebab ada bank Maybank, 7E bawah hotel je, kedai makan, pasar malam, dan macam2 la. Cuma parking je public, so kalau waktu office hour kena letak kupon la, kalau tak sia2 je kena saman. Haha. Okay tips untuk kat KK plak, kalau korg nampak ada org urut2 kat dataran depan hotel nie better jangan pergi. Sebab dorg sangat tricky and akan cakap urut nie murah tapi end up banyak gile hidden charges sampai kau akan dicaj beratus2. Aku cakap nie sebab adik aku dah kena. Masa org tu buat bekam angin kat adik aku, dia explain kat adik aku kalau buat nie sekali RM20 je. Dan adik aku pon cakap la kat aku suruh buat gak sebab RM20 je sekali buat bekam angin nie. Adik aku cakap masa tu depan dia taw, tapi bila dah settle, nak bayar rupanya RM20 untuk satu pin bekam angin tu. Kau rasa? Lepas tu adik aku nak muntah masa dorg urut tu sebab angin dah naik ke kepala, adik aku tak mintak pon dorg urut kepala, tapi org tu sibuk urutkan kepala then end up org tu caj jugak urut kepala. Kau rasa? Haa, aku kalau ingat balik pasal urut kat KK nie memang hangin je. Serious dorg tipu wehh. Satu customer satu malam le dapat beratus, kalau ada 5 cust, tak ke da ribu dorg dapat? Yang buat aku marah masa tu sebab bila tang bekam, dorg tak cakap harga sebenar. Dorg just cakap sekali buat, bukan dorg cakap satu pin bape harga. Tu memang aku geram. So nie pengajaran, papepon sebelum buat, tanye dulu betul2 berapa harga sampai kau rasa puas hati then baru buat. Kalau rasa ragu2 then takyah buat. Senang.
|
Nie haa dataran yang aku maksudkan. Malam2 dorg akan 'open table' kat sini. |
Okay tutup cerita pasal urut nie. Skrg nak cerita pasal seafood kat KK plak. Malam kedua kat situ ktorg dah kat KK. So malam tu ktorg try makan kat Kedai Haji Manja kat Dataran Todak. Tips nak makan seafood kat sini, better pergi yang kat Dataran Todak sebab kat sini korg le request apa2 jenis masakan yang korg minat dan ianya lebih murah berbanding di pasar philipines. Sebab kat Pasar Philipines tu semua seafood nya hanya dibakar dan bukan dimasak ikut citarasa kte. So far Kedai Haji Manja nie masakan dia not bad dan harga dia jugak not bad. Make sure masa korg tengah order tu tawar2 la harga yang murah2. Malam tu ktorg makan Lobster, Udang besar, Sotong, Shell, Ikan, sayur kailan, rumpai telur katak, nasi dan air semuanya cuma RM215 untuk 6 org. Murah kan? Serious murah gile dan berbaloi2 sebab kalau makan macam nie dekat Semenanjung mau cecah 5 ratus. First time makan lobster, merasa gak kat KK nie. Hee.
|
Nie org panggil rumpai telur katak. Tak sure apa nama betul dia. Tapi serious sedap. Salah satu makanan patut cuba kat Sabah gak. |
|
Disebabkan masa ktorg datang tu tetibe blackout, so gini la makannya. Guna lilin. Romantik sungguh :'D |
|
Yang belah kanan tu Shell. |
Kalau nak carik souvenir boleh jalan2 dekat pasar malam situ. Takyah beli kat pasar philipines sebab barang dia barang yg sama tapi harga dekat pasar philipines lebih mahal berbanding yang dekat pasar malam. Lagipon barang² yang dijual kat pasar malam nie mostly semuanya sama. Brgnya mesti kerongsang, butang baju melayu, gelang dan mutiara² tu semua la. Macam aku, tiap kedai aku singgah and tanye berapa harga. Agak² puas hati terus beli. Aku siap belikan officemate aku kerongsang lagi. Murah gile. Cantik² plak tu. Rugi tak beli.
|
Nie antara kerongsang yang aku beli. |
03 Aug 2017 - Hari ketiga ktorg pergi ke pulau plak. Sebab tu la ktorg terpaksa stay kat Kundasang sekejap je. Sebab nak ke Pulau Manukan dan Sapi. Org kata kalau nak g pulau better hari² terakhir sebab nanti gambar muka takde la gelap. Hahaha. Mg betul pon, sebab lepas balik habes sunburn muka. Tapi nasib la tak teruk sangat sebab kebetulan hari tu gerimis. So far ombak nak ke pulau tu okay lagi la berbanding Tioman. Okay untuk ke Pulau Manukan dan Sapi ktorg amik pakej dari kaunter 6. Act banyak blog aku baca dorg suggestkan pergi ke kaunter 10, tapi
reaksi yang aku dapat tak seperti yang aku nak. Sbb org yang offer harga tu tersangat la kerek. Bile aku da kena camtu, aku terus g kaunter lain. Dan
masa tu aku tanye tiap² kaunter harga untuk pergi ke 2 pulau nie. Mostly ada yang sama atau mahal sikit. Dan bila aku try tanye kat kaunter 6, dia bagi harga yang lebih murah berbanding kaunter lain. Bila aku tanya kaunter lain, harga untuk pergi ke dua pulau ialah RM33. Tapi kaunter 6 bagi aku harga RM25/person. Serious murah. Kos² lain plak Inter Island RM7.63/person. Life jacket RM10/pcs. Mask & Snorkel RM10/pcs. Untuk life jacket aku sewa 6 sebab nanti tak tawu apa akan jadi kan, so sewa je untuk semua. Mask & snorkel je sewa 3 sebab nanti tak semua akan turun snorkeling kan. So total kos untuk 6 org ialah RM285.78. Kalau kaunter lain ada yang lebih mahal.
Bagi aku dua² pulau nie memang cantik, cuma air dia tak sejernih yang aku bayangkan. Maybe sebab masa aku pergi tu hari hujan dan org terlalu ramai, so air dia keruh ngan pasir. Maybe kalau nak g, boleh g waktu air pantai tenang sikit. Baru cantik airnya.
04 Aug 2017 - Hari keempat, last day ktorg plan untuk lepak² kat hotel sampai check out. Disebabkan flight ktorg pukul 10pm so masa banyak lagi. Hihi. Dan masa tu ayah cakap kenapa tak pergi makan Lokan Bakar dan Puding kelapa. Da alang² kat KK kan, pergi jelah. Okay, lagi tempat wajib pergi kat KK ialah makan Lokan Bakar dia. Korg search je kat waze Jalan Sulaiman. Gerai dia betul² tepi² jalan dan ramai org meniaga lokan. Satu dulang lokan tu RM10. Memula ktorg try yang kecik then baru try yang besar. Bagi aku dua² sedap tapi bila makan lokan yang besar tu dia macam liat sikit maybe sebab isi dia padu. Dah makan Lokan Bakar, jangan lupa try Puding Kelapa dan Jagung Bakar plak. Serious dua² nie sedap gak.
|
Satu dulang nie RM10 je. Makan share dua org pon tak puas, kena makan sorg gak baru puas. Hehe. |
|
Nie kedai yang ktorg makan tu. Mostly kedai2 lain pon jual makanan yg sama gak, cuma beza dia rasa dia tu. Rasa lokan kat kedai nie memang sedap.
|
Jagung bakar nie pon wajib try. Manis rasa dia. |
Ouh lupa nak cerita, before ktorg gerak ke Lokan Bakar nie, ktorg jalan
beli udang kering dan ikan bilis kat Pasar Philipines. Serious murah weh. Satu kilo ikan bilis ada yang RM25, udang kering lak RM60. Mane nak dapatnya weh harga tu. So apa lagi, aku ngan mama beli la buat stok kat rumah :D
|
|
Nie bukan kedai yang ktorg beli. Tapi kedai nya lorong depan signboard nie. |
|
Ktorg beli kat macik nie la dapat murah. |
Tempat kedua ktorg pergi is Akuarium & Muzium Marin UMS. Tempat nie memang kat dalam Universiti Malaysia Sabah. Masuk RM10/person. Agak mahal untuk tempat yang kecil, tapi okay la. Banyak gile rangka² coral yang tak pernah jumpa. Ikan plak besar gile.
Then last place is Tanjung Aru. Ini pon salah satu tempat wajib singgah sebab le tengok sunset cantik gile. Tempat nie memang ramai gile org dan santai je untuk lepak. Dan Tanjung Aru ke Airport pon 15 minit je. So ni kre menghabiskan sisa² masa yang tinggal sebelum balik.
|
Sunset kat Tanjung Aru. |
|
Favourite view <3 |
Papepon KK dan Kundasang memang terbaik. Insyaallah ada rezeki repeat sini lagi ^^v
Daripada hotel iskandar nk ke pasar Filipine dan dataran todak tu jauh tak?boleh jalan kaki?
ReplyDeleteSAYA MENAWARKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA..
ReplyDelete.
Kereta-kereta sewa saya yg TIPTOP MELETOP CUN MELECUN utk anda yg merancang percutian di KotaKinabalu..
.
Hubungi saya utk pertanyaan lanjut…
Jgn malu jgn segan.. 😂😂
Jgn lupa SAVE dan SHARE..
.
WHATSAPP/CALL/SMS : 010 5844006 (shai)
FB : Shai Engine Oil
Instagram : M. Shailin (Vervx Engine Oil)
WOW just what I was looking for. Came here by searching for backlink
ReplyDeleteTerbaiklah kundasang
ReplyDeleteTapi sayang tiada lagi jual kepak ayam
tukang dia kena hantar pulang indon
huhu
It is perfect time to make some plans for the long run and it's time to be happy.
ReplyDeleteI have read this publish and if I may I desire to recommend you some
attention-grabbing issues or tips. Maybe you can write subsequent articles relating to this article.
I wish to learn more things approximately it!
Hi there! I could have sworn I've visited this blog before but after
ReplyDeletelooking at a few of the articles I realized it's new
to me. Nonetheless, I'm definitely pleased I discovered it
and I'll be book-marking it and checking back regularly!
Pakej Percutian Bajet Ke Sabah 2019
ReplyDeleteHanya RM175 seorang (Minimum 10 org)
Hari Pertama
🔹Airport Transfer
🔹Pusat Bandar Kota Kinabalu
🔹Rumah Terbalik
🔹Pekan Nabalu
🔹Pekan Kundasang
🔹Check in Homestay Kundasang
Hari Kedua
🔹Luanti Fish Tagal
🔹Arnab Village
🔹Sabah Tea
🔹Poring Hotspring
🔹Desa Cattle Mesilau
🔹Kinabalu Park
🔹Kota Kinabalu
🔹Pasar malam sinsuran
Hari Ketiga
🔹Jesselton Point
🔹Pulau Manukan/Sapi
🔹Tg Aru Beach
🔹Perdana Park
🔹Signal Hill
🔹Pasar Malam
Hari Keempat
🔹Pusat Bandar KK
🔹Pasar Pelipin
🔹Jamilah Jewellery
🔹Airport Transfer
Harga Pakej:
🔹2H1M RM175 seorang
🔹3H2M RM255 Seorang
🔹4H3M. RM335 Seorang
Pakej Termasuk,
1. Pengangkutan
2. Pemandu
3. Minyak kenderaan
4. Penginapan
Tidak Termasuk
1. Tiket Lawatan
2. Makan Minum
3. Lain lain perkhidmatan yg ditempah semasa menginap.
Hubungi
Raziman 0163751978. (Call/Whatsapp)
Pakej Percutian Bajet Ke Sabah 2019
ReplyDeleteHanya RM175 seorang (Minimum 10 org)
Hari Pertama
🔹Airport Transfer
🔹Pusat Bandar Kota Kinabalu
🔹Rumah Terbalik
🔹Pekan Nabalu
🔹Pekan Kundasang
🔹Check in Homestay Kundasang
Hari Kedua
🔹Luanti Fish Tagal
🔹Arnab Village
🔹Sabah Tea
🔹Poring Hotspring
🔹Desa Cattle Mesilau
🔹Kinabalu Park
🔹Kota Kinabalu
🔹Pasar malam sinsuran
Hari Ketiga
🔹Jesselton Point
🔹Pulau Manukan/Sapi
🔹Tg Aru Beach
🔹Perdana Park
🔹Signal Hill
🔹Pasar Malam
Hari Keempat
🔹Pusat Bandar KK
🔹Pasar Pelipin
🔹Jamilah Jewellery
🔹Airport Transfer
Harga Pakej:
🔹2H1M RM175 seorang
🔹3H2M RM255 Seorang
🔹4H3M. RM335 Seorang
Pakej Termasuk,
1. Pengangkutan
2. Pemandu
3. Minyak kenderaan
4. Penginapan
Tidak Termasuk
1. Tiket Lawatan
2. Makan Minum
3. Lain lain perkhidmatan yg ditempah semasa menginap.
Hubungi
Raziman 0163751978. (Call/Whatsapp)
Banyak sebenarnya tempat best kat Sabah ni. Paling best rasanya kat Kundasang kot. sejuk tempat tu. Makanan laut pun banyak dan murah-murah sini. Rugi lah sape yang tak pernah pergi Sabah ni. Nak homestay di Kota Kinabalu? Tengok sini: https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/
ReplyDelete