Sunday, August 5, 2018

Bercuti di Penang (Tempat menarik di Penang) Part 1

Hai ^^v Nie ceq nak cita nie, 15 - 17 March 2018 haritu laki ceq bawak ceq berjalan ke Penang. Amboi cakap gi Penang terus loghat Penang naa. Banyak la cekadaq hg. HAHA. Okay sambung balik, orang nak belanja kan ape lagi kita on jelah. Rezeki wehhh.
15 March 2017 - Pagi² subuh aku bertolak dari Klang ke Penang. Memula plan nak naik feri masuk Penang, tapi 'pandai' punya pasal aku pergi waze Jambatan Penang. Memang naik jambatan la cite dia. HAHAHA. Maybe sebab gerak pepagi dengan tidur malam tu pukul 2 pagi. Jadi blur semacam taw pagi tu. Tu yang boleh tersalah waze tu. Aku ingatkan kalau search Jambatan Penang nanti dapat la naik feri kot. Teare² ==' So dah tersalah punya pasal bedal jelah teruskan perjalanan. Sampai Penang time tu dalam pukul 10am. So kalau nak naik feri pergi tu, korg search je "Ferry Penang @ Penang Ferry", nanti keluar la dia. Aku masa tu search bahasa melayu jadi dia tak pandai. Sabar jelah waze nie ==' Okay tips nak pergi Penang nie semua, korg pon tawu speedtrap banyak kan. Ape lagi pasang jelah waze. Nanti dia akan bagi amaran siap² dan masa tu slowkan jelah kenderaan korg tu. Masa ktorg pergi tu pon ada la dalam 5 AES nya. Dah saving duit sebab waze banyak tolong. HAHA. Dan korg pon tawu kat Penang mostly semua traffic light nya ada kamera. So kat situ pon waze dah bagi amaran siap², so takde la main sesuka hati je langgar lampu merah. Tu pon dah saving duit dah.
Okay sampai² je Penang ktorg pergi breakfast kat Roti Canai Transfer Road. Harga dia Rm7 sebab roti canai tu dengan paha ayam besar. For me worth it la dan bagi aku kuah dia memang sedap. Dah la sedap, pedas, pekena plak dengan teh tarik panas. Pergh. Memang kaw la cite dia. Memang sedap. Okay kalau nak gi sini nak park tepi jalan camtu pon takpe. Sebab ktorg baru first time berjalan kat sana, so ktorg jenis playsafe la org kata. Nak park pon kat tempat yang confirm² berbayar untuk elakkan disaman. HAHA. Masa ktorg makan tu aku tengok ramai je yang park camtu je kat tepi jalan. So maybe takde pape la kot. Tapi ikut luck la org kata.

Nie dia Roti Canai Transfer Road. Siapa pernah rasa tawu la rasa dia cemane. Memang sedap :P

Lepas sarapan, kami pergi Bukit Bendera. Harga tiket dia Rm10/pax untuk warganegara sahaja. Jadi sediakan ic siap² ye. Kalau tak tunjuk ic memang tak dapat harga tu cik kak oii. Plan asal nak naik Bukit Bendera nie 2 jam je. Konon memang dah buat tentatif taw banyak tempat nak kena pergi nie. So masa tu dah susun siap². Tapi 4 jam kau kami kat atas sana tu. HAHA. Tak le pakai betul. Tapi apedehal, terus aku cakap kat Roza, takpe kita jalan santai je kat Penang nie. Takyah rush², bukan tak le pergi lagi. So memang jalan santai jelah kat Bukit Bendera tu. Lelagi hujan tu yang terstuck lama sikit atas tu. So far naik tu takde la gayat sangat sebab duduk kat tengah² dalam train kan. Tapi masa balik tu memang ktorg pilih nak duduk paling depan, so ktorg cepat² masuk sebab nak duduk depan. Masa turun tu memang rasa gayat macam naik roller coaster sikit \^^/… Masa masuk tu dia ada bagi brochure siap² sebagai guide line kat korg untuk singgah mane je kat atas tu. So ktorg masuk je tempat² yang free. Tempat berbayar pon satu je ktorg masuk, yang The Little Village tu. Harga rm5/pax tu yang masuk tu. Dalam tu takde ape sangat pon. Just ada beberapa ekor haiwan, arnab, burung dan ape tah lagi sekor tu. Lepas tu org jual barang² madu kat dalam tu. Tu je weh. Rugi betul rasa. HAHA. Tapi takpe la tak cuba tak tawu kan.

Pintu masuk Bendera Hill


Nie baru sampai first station.

Nie kat dalam The Little Village




Nie kedai dalam The Little Village. Bagi aku takde ape sangat dalam nie. Rugi la. Nasib baik rm5 je. Hahahah.

Port wajib gak ar bergambar kalau kat Bendera Hill nie. Siapa2 yang nak lock mangga kat sana pon le sebagai tanda cinta ke ape. Tapi ktorg tak buat pon. Roza cakap duit tu buat g makan lagi best. HAHAHA.

Dan kalau dah naik bukit bendera rugi la kalau tak pekena ABC pelbagai aneka. Macam² flavour ada okay. Tempat dia betul² sebelah Muzium Owl tu. Kalau org sergah kau cakap nak masuk Muzium Owl kat lorong belah kanan kau jangan takut untuk lalu je lorong belah kiri tu. Sebab tu food court. Makanan bahagian atas. Minuman bahagian bawah. So turun la ke bawah dan lihat ada beberapa kedai yang jual abc tu. Mostly org cakap kedai Lily's yang sedap. Tapi aku try tempat lain time tu. Bagi aku sedap gak.

Tempat nie sebelah pintu masuk nak ke foodcourt tu.

Bagi aku sedap gak la abc nie :)

Antara pelbagai aneka abc yang ada. Banyak lagi kedai le pilih.


Nie masa nak turun. Dapat duduk paling depan sekali. Gayat gak ar. HAHA.


Okay next destination, kami pergi ke Rumah P.Ramlee. Sini masuk free je. Jadi dapat la lihat rumah asal P Ramlee dan lihat baju favourite dia, cermin favourite dia, basikal dia. Macam². Kat sini baru la tawu yang beliau pernah berkahwin sebanyak 3 kali. Dan perkahwinan terakhir adalah dengan Saloma. Jangan terkejut kalau org macam aku tak tawu sebab ada je lagi org tak tawu sejarah beliau.


Toilet lama. Zaman dulu yelah toilet semua kat luar. Kalau masih ada lagi tu memang rare la org kata. Hee.

Pintu masuk rumah P. Ramlee.

Roza amik feel org dulu2 bersembang tepi tingkap :D

Cermin lama P.Ramlee.

  

Bilik parents P.Ramlee. Dalam nie ada baju favourite dia, sikat, katil, peti besi.



Lepas beberapa tempat pergi perut pon dah lapar, so kami pon pergi la makan kat Deen Maju, one of the famous nasi kandar sedap kat Penang. Lauk aku masa nie nasi separuh, ayam berempah dan cili besar hanya Rm6 sahaja. Roza plak nasi separuh, ayam berempah dan sayur kobis. Rm6.10 sahaja okay. Serious murah gile. Kami punya style kalau nak makan kat mamak nie memang taknak try makan sotong ke udang ke sebab tawu mahal. So makan je ayam kalau nak murah. HAHA. Rasa dia? Ofcourse sedap weh. Serious tak tipu. Okay dulu aku pernah makan Nasi Kandar Line Clear, serious tak sedap. For me kari mamak kat Selangor lagi sedap dari situ. Memang frust gile la, dah la kotor plak tu kedainya. Memang takkan jejak lagi la senang cite. Tapi Deen Maju nie serious sedap dan bersih. Even org beratur punya panjang tapi laju je dorg serve kita \^^/… Should try again.



Lepas makan, baru kami check in hotel. Nama hotel kami Will House Penang, ia terletak kat Georgetown. Rumah tumpangan kat deretan kedai tu je. Kami book deluxe suite, Rm135 satu malam. Bilik dan bilik air memang besar. Serious puas hati. Owner dia pon layan kita baik je. Siap bagi tawu lagi tempat makan best dan tempat best untuk pergi. Tapi sini parking public, so siapa cepat dia dapat. Kalau takde parking tu terpaksa la park jauh sikit.

Nie pintu masuk dia.

Nampak besar kan. Sampai aku rasa menyesal pilih tempat nie sebab penat berjalan. HAHAHA.

Aktiviti malam tu, kami pergi ke Avatar Secret Garden Tanjung Tokong. Masuk sini free, tapi parking yang kena bayar sampai Rm5. Mahal ==' Kalau nak datang sini ada bawak budak better jangan datang. Sebab tempat nie bukan dalam bangunan ke apa. Tapi lampu² tu dipasang pada pokok besar dan katanya dah ada org pernah bunuh diri kat sana. So better tak payah pergi. Kunk tak pepasal plak ==° Lepas dah parking tu, kena jalan sikit untuk ke dalam tu. Sepanjang jalan tu kau akan nampak rumah² lama bangsa cina yang pada aku rasa macam berada dizaman dulu² je masa lalu tu. Unik. Dan bila dah masuk tempat tu aku tengok ada jugak org park kat dalam Tanjung Tokong tu, tapi tak sure plak berapa harga parking tu. So far lampu² tu memang cantik. Tapi nak ambil gambar punya la susah. HAHA. Menjenuh aku ngan roza ambil gambar kat sini supaya lampu belakang nampak, dan ktorg pon nampak dalam gambar tu. After a few shot dan akhirnya berjaya. HAHA :D
Sambungan hari kedua on next post \^^/… (Part 2)

Gambar nie dapat pon selepas ke berapa puluh kali shoot tah. HAHAHA.



No comments:

Post a Comment