Sunday, August 5, 2018

Bercuti di Penang (Tempat menarik di Penang) Part 2

Hai, kembali kita untuk hari yang kedua.
16 March 2018 - Pagi² tu keluar kami terus breakfast kat Roti Canai Jalan Gemas. Sini pon sedap gak makanan dia. Tapi for me, aku prefer Roti Canai Transfer Road sebab kuah kari dia tu memang kena ngan tekak aku. Macam Roti Canai Jalan Gemas nie sedap memang sedap, tapi tak 'kaw' macam Transfer Road la. Harga Roti Canai Jalan Gemas nie pon okay gak. It's depend ape yang kau nak. Kalau nak roti canai cheese dan telur boleh. Tu dalam rm3 tak silap aku. Nak letak kari kambing boleh. Macam² la.


Lepas breakfast kami pergi ke Penang Street Art dan Khoo Kongsi. Serious, kalau nak jalan kat tempat nie you should wear comfort cloth to avoid uncomfortable and berpeluh ya amat. Masa nie roza pakai kemeja, aku plak pakai blouse. Memang panas ya amat la cite dia. Menyesal rasa. Patut nya pakai tshirt je masa jalan kat situ. Okay untuk jalan² kat Penang Street Art, aku sarankan sewa je basikal or motor sebab tempat yang kau nak ambil gambar tu jauh² dan bukannya dekat. Lepastu kalau dah sewa basikal dia akan bagi maps tempat² bergambar tu. Haa bergambar dan berjalan la pepuas. Tapi ktorg masa tu jalan kaki je. Saje exercise :p HAHA.

Tempat wajib kat Penang Street Art.




Khoo Kongsi.





Biasanya kat Street Art famous dengan ais kepal kan. Tapi nie aku nak suggestkan satu kedai ais kepal nie, Dragon Ice Ball. Serious memang lebih sedap sebab dalam ais tu ada kacang². Kalau ais kepal yang warung tu dia bubuh pewarna tu je, takde pon kacang, so bila dah habes hisap pewarna tu nanti tak sedap dah rasa. Yang kat Dragon Ice Ball nie kau makan la ais dengan kacang² so dah rasa macam makan abc. Dan kau tanya la air apa yang sedap untuk hilangkan dahaga panas² nie. Nanti owner dia tu akan suggestkan satu air nie. Aku lupa nama dia, tapi memang sedap. Rasa tak cukup order satu. HAHA.

Nie depan pintu masuk kedai tu.

Serious sedap sebab dalam tu ada kacang2 semua.

Lepas settle Penang Street Art, ktorg pergi ke Museum 3D Art. Harga tiket rm15/pax with mykad okay. Kalau tak bawak mykad kena la harga foreigner. Okay memula masuk je 3D Museum nie ktorg macam "oh biasa je". Sekali bila dah ambil gambar memang wow. Dah nama pon 3D kan, gambar mesti la wow dan cantik. Memang puas hati la. Okay kalau nak g sini better parking dekat Padang Kota Lama yang mee sotong tu. Sebab situ lebih murah. Dan jalan la kaki sikit, bukan jauh pon. Masa nie ktorg silap sebab parking kat satu tempat nie. Dah la sejam rm4, jam kedua rm3. Mahal gile. Kalau jumpa parking mee sotong tu dah jimat banyak dah sebab sejam baru rm1. Rugi². Takpe, kalau tak kena tak tawu kan. Hee.











Lepas tu baru ktorg makan Mee Sotong Hameed Pata. Kedai dia kat foodcourt open taw. Dan memang ramai yang beratur untuk makan mee sotong tu. Tapi tak lama pon beraturnya. Dia serve kejap je. Kau order, bayar dan angkat terus makanan tu. Senang. Satu pinggan rm5 tak silap. Tapi memang sedap wa cakap lu. Mee sotong dia tak pedas pon, tapi memang sedap ar. Rasa nak tambah lagi je masa tu. Tapi memikirkan nak pergi ke Pasar Chowrasta plak sebab kata roza nak makan apetah time tu tak jadi la nak tambah lagi :(



Dan akhir sekali untuk haritu kami pergi ke Pasar Chowrasta. Sini memang tempat wajib singgah kalau nak beli jeruk madu dan jeruk madu pak ali. Tapi biasanya kalau dah sampai sini tak pandang dah jeruk madu pak ali tu. Memang ktorg beli yang biasa punya tu je sebab lagi sedap dari pak ali punya. Dan macam² jenis asam ktorg beli kat sini. Murah pon murah. Okay la. Time nie sibuk shopping dah lupa nak amik gambar. HAHA.
Malam tu ktorg gi makan kat Restoren Kapitan baru (tak ingat nama tempat tu). Sebabkan ramai cakap menu dia sedap gak. Aku try la Roti Milani and it's not bad. Sedap gak. 



17 March 2018 - Hari ketiga check out then ktorg terus pergi ke Road Walk. Tapi kalau nak gi sini patut pergi awal2 pagi sebab dia bukak sampai pukul 12pm je. Kalau pergi tengahari memang gerai semua dah nak tutup la. Kat sini macam2 benda yang korg tak jangka pon ada org niaga. Org niaga sebelah je kasut la, wayar yang pelbagai dan macam2. Aku pon pelik, tapi itu la hakikatnya. Masa datang nie konon nak makan roti bakar + telur separuh masak kat kedai mami jarum nie. Tapi disebabkan lambat sampai, makanannya habes dahhh. Tapi takpe, kita makan jelah kat gerai lain. Hee.



Lepas tu, ktorg pergi ke Padang Kota Lama dan cuba pasembor dari Gani Pasembur Padang Kota Lama. Kat situ memang banyak gile kedai org meniaga pasembor. Tapi ktorg pilih Gani Pasembor nie sebab banyak blog cakap gerai nie yang sedap dari Gurney Drive tu. Dan sememangnya ia tak mengecewakan. Serious sedap wehhh. Kuah dia sedap gilerrr. Kan ramai cakap bila makan pasembor ada yang kena sampai rm50 la. So masa nie ktorg buat cane taw, ktorg pilih tu sambil tanya harga. Dan memang tak nafikan bendanya memang mahal. So ktorg ambil 3 sahaja barang dan bila dah potong2 campur sayur dia lagi memang penuh satu pinggan weh. Menjenuh nak habeskan. Nasib baik amik 3 je makanannya. Kalau tamak amik lebih sendiri yang rugi. HAHA. Besar pinggan bawah nie rm10 je weh. Sebab 3 barang. HAHAHA.



Lepas tu kami jalan ke Chew Jetty. Sini macam perkampungan nelayan cina dimana situ la rumah dorg dan dorg meniaga depan rumah tu. Memang rumah dorg kat atas air dan macam jetty.





 
Dah petang tu baru ktorg gerak balik ke Selangor. Nak keluar dari pulau tu ktorg naik ferry. HAHA. First time weh naik ferry penang. Batak sikit ':D Kalau masa masuk tu dah bayar masa lalu jambatan, nak keluar tu takyah bayar langsung. Kira nak masuk pulau nie sekali bayar je. Maaf ler lama sangat simpan entry nie. Dah berapa bulan dah dok simpan je dekat draft. Kalau ikutkan entry nya dah lama ada, cuma gambar je tak sempat nak masukkan sebab malas nak bukak laptop. HAHA.


No comments:

Post a Comment