Wednesday, September 5, 2012

Aku seperti didunia ku yang tersendiri

Saat terbangun dari lena . Aku memikirkan sesuatu . Apakah yang aku mimpikan sebentar tadi . Tidak dapat menangkap . Terdetik satu nama didalam hati . Hati menangis . Kerana itu insan yang sangat ku rindu . Aku sering tertanya tanya mengapa ini jadinya . Apakah kesudahannya . Bilakah kesudahannya . Hati menangis . Namun tak terluah . Aku bagaikan berada dalam dunia khayalan . Seperti mana yang pernah diceritakan didalam novel . Betapa indah percintaan mereka . Terdapat pahit manis suka duka dan pengakhirannya ialah bahagia . Begitukah aku ? Aku sering mengimpikan bahagia daripada duka . Siapa mahukan kedukaan ? Tiada sesiapa yang mahukan  itu . Pastinya semua orang mendambakan bahagia dalam setiap hubungan . Namun itu hanyalah anganII ku . Aku pon tidak pasti apakah pengakhiran penceritaan ini .

No comments:

Post a Comment