Thursday, October 25, 2012

PKT Logistics Group Sdn Bhd

Lobby
Today such a wonderful experience ! Seriously . Memang puas hati dan best sangat dapat pergi PKT Logistics Group Sdn Bhd nie . MulaII masok bilik briefing dia rasa macam kekok . Maybe sebab tak biasa kan . Ylah kau masok company besar . Mesti la orang akan layan cara formal maa . Dah nama pon company logistics . Tapi permulaan tu je , En Faizal dah cakap awalII . Kat sini tak yah nak kekokII , maluII , just free . 



CEO of PKT Logistics - Dato Michael Tio
Tak yah sesegan . Then ktorg pon baru la dapat melepaskan nafas dengan rasa lega sekali . Haha . Masa tu baru dengar budakII nie bersuara sikitII . En Faizal pon ada cakap , yang kebiasaannya kebanyakan CEO setiap syarikat macam tegas , tak sporting , mesti orang kata apa , rasa gerun la dengan CEO kan . Tapi nie , tak yah takutII , sebab CEO dia sporting dan very friendly .
Dato Michael tunjukkan design company yang dia reka masa firstII  dulu . Uniknya rekaan nie sebab dia mula turunkan idea diatas cebisan kotak.
Komputer Dato Michael. Dia tunjukkan facebook dia. 
Rasa bangga dan bertuah dapat bergambar dan berjumpa dengan  salah satu usahawan yang terkenal.
Dia kata , kau nak kuar masok bilik CEO pon tak kesah . Sini memang free . Tak perlu pretend depan orang atasan atau CEO . Just be yourself . Bila dengar tu , rasa macam tak percaya. Eh , betol ke apa yang dia cakap nie . Ke dia saja pancing kan . Tapi tak . Apa yang dia cakap tu memang betol . CEO dia very friendly . Kalau camtu la kan , kau pon tak rasa kekok kerja kat company besar macam tu . Enjoy bekerja . Takde rasa takutII .



Lagi satu , kat PKT nie memang banyak kemudahanII yang dorg sediakan . Ada gym , tempat berehat , toilet yang luas utk mandi dan tukar pakaian . Ada locker utk simpan barang . Tempat iron baju . Tempat cas blackberry , Wi-Fi . Banyak lagi la senang cite . Tempat rehat dia memang selesa dan best . Dorg kata , lau da habes kerja nak lepak kat dalam bilik berehat utk main Play Station pon boleh .

Salah satu tempat rehat.
Tapi tak sure la PS tu PS yang ke berapa . Bilik tu pon ada tempat urut kaki dan badan . Fuhh . Tak terkata la bestnya PKT nie . Memang selesa . Gym dia pon da macam centre untuk pusat gym yang kat luar sana tuh . Banyak sangat peralatan gym dorg yang canggihII . Cuma tadi tak dan je nak try . Sebab berbaju kurung kan . Haha . Toilet dia pon cantik sangat . Dah macam kat hotel dah . Haha .

En Faizal tu siap cakap camnie tadi kat ktorg , "Haa , toilet nie wangi , jangan tidur dah lah kat dalam tu". Haha . Sengal . Tapi memang cantik la toilet dia . Kebersihan dijaga . Office dia yang paling best "The Ship". Sebab design nya sebijik macam kapal . Tangga dia pon yang pusingII tu . Takut + pening nak turun . Hee . Seriously , design company nie tersangat la cantik dan unik . Memang puas hati la sape yang kerja kat sini .

Dapat CEO yang baik dan friendly , kemudahan yang pelbagai , office yang selesa . Boleh online facebook waktu bekerja . Tak yah nak pretend depan bos yang kau banyak buat kerja , padahal tengah sedap online fb . Hee . Dan yang uniknya company nie , dorg tak pakai email untuk sebarkan apaII maklumat antara pekerja . Sebaliknya , dorg gunakan group fb sebagai tempat untuk beritahu pape information .

Unik kan ? Setiap pekerja diwajibkan mempunyai akaun facebook . Termasuk lah security guard . Haa . Teror tak teror la kan . Sebab tu la company dorg famous dengan "compulsory facebook". Haaa . Sebab dorg gunakan facebook sebagai alat komunikasi sebarkan maklumat . Dan setiap pekerja mempunyai blackberry . Mesti ada . Sebab senang nak online fb . Tp skrg masingII guna Samsung III . Fuhh . Kaya betol .



Lagi bertambah uniknya company nie bila sepanjang 1.5km sekitar dekat dengan pagar dorg tanam buah nenas . Haa . Nenas weh . Ada ke company gah buat macam dorg buat . Mungkin ada . Tapi susah la nak jumpa . Tapi company dorg buat . Sebab tu company PKT nie famous dengan "The Sea of Pineapples". Sebab memang dorg ada tanam buah nenas sebagai pendapatan tambahan selain untuk cantikkan landskap .

Kat whse plak , dorg bagi ktorg naik apa tah nama truck tu , aku lupa . Tapi bende tu untuk naik dan turunkan pallet kat atas racking . Then aku dapat bawak benda yang macam gambar kat atas nie . Tapi takde plak gambar aku . Haha . Best kowt bawak nie . Macam bawak kereta . Gudang dorg besar dan setiap barang disusun dengan cekap dan sistematik la .



Sebenarnya rasa macam sayang je nak tinggalkan tempat secantik nie . LagiII dapat layanan yang best . Lagi la rasa sedih kan . Seriously , puas hati pergi lawatan kat situ . Da la dapat nenas , buah epal , 100 plus , frame dan gambar , baju , majalah , beg , kalender . Wah ! MacamII yang ktorg dapat . Memang rezeki la . Haha . Thanks to KPT Logistics and all members yang beri layanan dan melayan kerenah ktorg . Memang best sangat lawatan ke KPT . Semoga bisa ketemu lagi . Haha . Okay , selebihnya gambar ada disini . Ada kat fb PKT Logistics . Boleh Like Page tu dan tengok gambarII ktorg sepanjang lawatan tu . Thanks ! See yaaa ^^

1 comment:

  1. yg nk ending tu 2x silap kan......bkn KPT tp PKT....heheheheheh.....corazon PKT

    ReplyDelete