Wednesday, January 16, 2013

Rindu yang terungkai

Lepas subuh , aku tidur semula . Sebelum tu sempat lagi on wifi sebab nak online twitter . Post 1, 2 tweet . BacaII tweet sesape yang belom tidur lagi . Lepas tu aku tidur . Masa aku tidur tu aku mimpi , aku mimpikan arwah Pakcik Nas aku . Sesape yang tak pernah tawu pasal arwah , boleh baca kat post aku yang nie . Dalam mimpi tu , aku ada kat kampung . Arwah balek , tp dalam mimpi tu dia masih hidup , tak silap aku dia balek masa hari raya . Aku pergi pada arwah , aku nak salam dia . Dia macam teragakII nak sambut salam aku . Then aku berharap yang aku dapat peluk arwah . Tapi dia taknak . Tanpa aku sedar , aku menangis . Aku sangkakan aku menangis didalam mimpi , tapi tidak , secara realitinya aku turut menangis . Tetapi aku tidak mampu berbuat apaII . Aku hanya mampu baring dan terus menangis . Aku rasa saat tu badan aku macam kaku . Tak mampu berbuat apaII . Sehingga aku tertidur semula . Aku berharap sangat dalam mimpi tu aku dapat peluk arwah , walaupon aku sedar tu bukan 'dia' . Tapi sekurangIInya biar terungkai rasa rindu nie . Rindu yang teramat . Rindu gelak tawa dia . Senyuman dia . Percakapan dia . Hanya Allah yang tahu . Sebak . Tapi pada siapa aku boleh luahkan , yang boleh faham ape yang aku rasai kalau bukan pada Dia . Aku sering terfikir , kalau lah begini begini begini ... Tapi perkataan 'kalau' tu tak pernah wujud dalam kamus hidup kita . Yang pergi tetap pergi . Yang masih ada nie , teruskan la perjalanan dan saki baki yang masih ada , dan 'bantulah' mereka yang telah pergi itu selagi boleh . Itu saja yang aku mampu buat . Semoga arwah ditempatkan dikalangan orangII yang beriman . Amin . Al-Fatihah .

No comments:

Post a Comment