Saturday, May 25, 2013

Kuasa-Nya

Tiada siapa yang dapat membaca hati kita melainkan kita meluahkan. Namun tak semestinya juga apa yang diluahkan itu benar seperti kata hati. Hari ini, ketika ini, saat ini, aku merasakan tenang. Sangat tenang. Tidak pasti mengapa. Tapi aku rasa seperti itu. Aku rasa di lindungi dan di jaga. Aku bertuah, kerana aku insan yang terpilih. Apabila aku fikirII kan apa yang berlaku. Aku dapat merasakan kuasa yang ajaib, yang ditunjukkan di hadapan aku. Dari situ, aku juga perlu 'menyampaikan' melalui kataII hikmah, atau pandangan, supaya mereka sedar, tiada kuasa yang lebih berkuasa melainkan DIA.

Apa yang berlaku itu bukan halangan, tapi untuk kebaikan. DIA mahu melindungi kita daripada perkaraII yang tidak baik. Apabila engkau berniat mahu berubah, DIA akan perkenankan. DIA akan menolong kamu. Dengan cara bagaimana? Setiap org mempunyai cara yang berbeza. DIA akan membantumu dengan cara yang berbeza dengan usaha yang kau tunjukkan. Dan apabila engkau telah nampak apa yang ditunjuk, engkau patut bersyukur, kerana engkau insan terpilih. Engkau patut bersyukur, kerana engkau masih disayangi. Walaupon engkau kerap kali melakukan kesilapan, DIA tak pernah tinggalkan kau sendirian.

Mungkin engkau fikir ianya kebetulan. Tapi ia ada hikmah disebaliknya. DIA tetap bersama kau. Cuma kita manusia, sering lupa, sering alpa. Itulah hakikatnya. Manusia mudah berputus asa. Namun fikirkan lah semula. Disaat kita merasa lemah, mohonlah pada DIA agar dikuatkan semangat, kerana bukan mudah untuk berubah menjadi yang lebih baik. Pasti ada pengorbanan. Mungkin pada permulaannya agak pahit, tapi biarlah kepahitan itu kita rasa pada mulaannya. Yang pastinya pengakhiran itu kita pasti mahu mendapatkan kemanisannya. Berbuatlah baik didunia, semoga diakhirat kelak engkau bahagia.

No comments:

Post a Comment