Friday, May 31, 2013

Memori yang sukar dilupakan

KadangII perkara dan benda yang berlaku disekeliling kita membuatkan kita teringat kat dia. Dan bila teringat kat dia, mula lah teringat apa kenangan tu kan. Tu semua lumrah. Dan perkara paling pahit apabila kenangan itu bersama dengan insan yang tidak bersama kita lagi. Dan saat tu hati mula rasa sedih. Kenapa jadi macam nie. Tapi kita siapa untuk mengeluh dengan apa yang terjadi. Bukan kah itu semua takdir. Apa yang aku maksudkan nie ada 2 situasi. 1) Bagi mereka dikalangan ahli keluarga kita yang dah pergi buat selamanya. 2) Bagi mereka yang kehilangan kekasih.

Tapi aku nak tekan kan situasi yang no 2 tu. Mungkin tu topik yang sesuai untuk waktu macam nie kot. Siapa yang tidak pernah frust bila putus cinta. Kalau yang tak frust tu mungkin hati dia jenis 'hati kering' sikit sebab takde perasaan baru lepas break. Atau pon dia sebenarnya tak sayang pasangan dia tu. Bak kata org, bukan mudah untuk move on. Tapi kalau sekali wanita da move on. Tidak sesekali dia berpatah balek. Haa. Tu yang bahaya tu. Apa yang buat bertambah sedih bila kita dengar sesuatu lagu tu, lagi la yang ada kaitan ngan dia. Lagi buat hati kita bertambah sayu.

Susah sebenarnya nak lupakan seseorang bila hati betul kata cinta. Tapi mudah melupakan seseorang jika hati itu cuma sayang. Apa beza nya? Cinta amat sukar untuk dibuang, cinta kepada Allah, Rasul, Ibu Bapa, dan orang tertentu itu memang sukar dibuang. Sukar untuk dihapuskan. Kita akan selalu teringat kat dia. Walaupon kita tak kenal dia. Sama seperti cinta kita kepada Allah dan Rasul. Kita tak pernah jumpa, tak pernah lihat. Tapi kita sedar mereka wujud. Mereka ada. Begitu juga lah dengan cinta sesama manusia.

Tapi engkau harus ingat, cinta kepada Allah perlu diletakkan pada tahap yang lebih tinggi dari segalanya. Baru lah engkau mampu untuk mencintai yang lain. Sayang pula, hanya datang sekejap, dan pergi juga sekejap. Dengan semua org kita boleh berkata sayang. Kerna perasaan itu cuma datang sekejapII. Tapi tak seperti cinta. Sekali kita cinta, selamanya cinta. Dan mungkin mengambil masa yang lama untuk buang perasaan cinta. Betul kan? Bila hati mula kecewa disebabkan cinta. Pada masa itu mula lah kita mencari Pencipta kita.

Kenapa baru cari? Kenapa baru lebih mendekati? Kerana hati yang remuk dan hancur yang mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Dan ubat yang terbaik, mendekatkan diri pada Nya dan perbanyakkan berdoa kepada Nya. Tapi jangan pula bila sedih baru dekat, tapi bila gembira kau jauh. Itu memang silap kau sendiri la. Sebab bila dengan sedih baru kau dekat, mungkin lebih banyak lagi ujian yang akan ditempuhi tanpa arah tujuan. Apa org kata, bila terlalu sedih dan sering ditimpa dengan pelbagai masalah, mungkin Dia rindu nak dengar kita menangis dan memohon pertolongan Nya. Tak gitu?

Pape pon, bagi mereka yang sering teringatII dengan kenangan tu sume. Cuba minta di'lupa'kan agar hati tak terlalu sedih. Aku juga pernah mengalami. Sering teringatII pada kenangan yang pahit, pergi situ asik teringat, pergi sini asik teringat. Tapi aku minta agar dilupakan benda tu sume untuk seumur hidup aku. Minta dilupakan perkara yang menyakitkan hati. Dan sekarang, Alhamdulillah, da okay, da tak ingat langsung. Tapi kekadang tu ada la jugak ia menerjah ingatan, tapi cepatII usir la. Supaya ia tak 'melekat' terus kan. InsyaAllah segalanya boleh jika dengan Izin Nya.

No comments:

Post a Comment