Wednesday, June 12, 2013

Jalan-jalan di Cameron Highlands

Hello ^^ . Hari Sabtu minggu lepas 8 June aku ngan family termasuk family Maklang aku pergi Cameron. Hari Jumaat, lepas solat tu aku da gerak dari Port Klang ke Taiping. Sebab rumah Maklang aku kat Taiping. AlangII dorg sefamily nak gi Cameron, tu yang pergi rumah Maklang aku dulu. Lagipon nie first time aku dan family pergi Cameron. Maklang plak da pernah pergi sebelum nie. So dia la yang akan guide ktorg kat sana. Takda la buntu nanti nak pergi mana kan ^^ . Sepanjang perjalanan hari Jumaat tu. Aku suka sangat tengok pemandangan sepanjang jalan di highway tu. Bukan apa. Bukan mudah nak lihat kehijauan disekeliling kita.

Tambahan pula dengan zaman moden nie. Banyak pokokII hijau, bukitII, gunungII ditarah dan digondolkan demi kepentingan manusia itu sendiri. Memang banyak kelebihannya. Tapi jangan sampai tamak kan. Aku memang sukakan alam semulajadi. Sebab ia lebih indah. Dan masa tu aku rasa bersyukur sangat, sebab dapat melihat keindahan itu didepan mata. Sampai Taiping dalam pukol 8 lebih. Sabtu plak, lepas breakfast, terus gerak ke Cameron. Jalan dia jangan cerita la, bersimpang siur macam ular. Mama pon da sampai peningII da. Nasib la takda sape yang muntah. Hee.

Ayah plak cakap, jalan camnie sedap kalau bawak motor. Boleh buat lap (tak tawu spell betul ke tak). Haha. Memang la best. Tapi bahaya gak la. Then aku cakap, kalau aku yang drive time tu, confirm aku drive 30 - 40 km/j je. Hee. Takut aku bawak lelaju. Selekoh tajam uw. Bila da masok sempadan Cameron je. Da terasa da kesejukan dia. Sepanjang kat sana memang tak bukak aircond langsung. Bukak tingkap je. Sebab angin dia sejuk macam aircond. Kat sana memang banyak ladangII strawbery, bunga lavender and memacam la. Banyak tempat boleh lawat sebenarnya. Tapi aku cuma pergi beberapa tempat je.

Memula pergi cari hotel dulu. Sebab cuti sekolah kan. Banyak hotel murahII full. So jumpa la satu hotel nie, namanya Hotel Kowloon. Lepas book dan bayar, terus pergi makan. Lepas makan, jalanII gi Taman Agro Teknologi MARDI. Masok kat sana kene bayar RM3 (Dewasa), RM1.50 (Pelajar). Kat sana ada memacam seperti ladang strawberry, ladang teh, kilang teh, petak fertigasi, jualan bunga dan cenderamata. Kat sana memacam jenis buah ditanam, ada buah epal, anggur, labu, memang banyak la. Tak rugi masok sini sebenarnya sebab ada pelbagai. Tak macam sesetengah tempat yang hanya fokus sejenis je. Haa.

Lepas jejalan kat MARDI, ktorg pergi ladang teh plak. Okay ladang teh nie memang luas dan cantik pemandangan nya. Tapi masa nie aku tak turun pon kat ladang teh tu. Just tengok dari atas. Sebab parents aku tak larat nak turun. Haha. Ylah, tempat kat sana semua berbukitII, mau parents aku tak letih. Mana la larat dorg nak jalan tempatII camtu. Pepaham ler. Lepas pergi ladang teh, ktorg melawat Big Red Strawbery Farm. Datang sini ingatkan dapat la petik buah strawbery sendiri. Tapi tak dapat, sebab buah da habes dipetik. Dan yang ada pon masih belom boleh petik. Sedihnya. Takde rezeki lagi.

Baru nak merasa kan petik buah strawbery. Alahai. Then lepak situ sambil makan. Makanan dia sedapII dan semuanya strawbery semataII. Haa. Best taw. Tempat nie pon boleh tahan bukitnya. Masa nak naik ke tempat nie, tinggi gila. Nak turun pon sama. Curam sangat. Ktorg siap bahan, kalau golek pon da le sampai bawah dulu. Haha. Lepas tu ktorg check in hotel dan berehat. Kat Hotel Kowloon nie ktorg amik pakej family RM208. Ada 2 katil queen dan 2 katil single. So muat la untuk ktorg semua. Kalau nak tawu, ktorg nya bilek takda aircond taw. Bilek yang bukan tepi tingkap je dia sediakan satu kipas dinding.

Bilek aku tepi tingkap. Memang takda kipas. Kene bukak tingkap kasi angin masok. Memang sejuk gila kat sana. Masa kat MARDI, aku tengok suhu dia 26`. Malam nya plak aku tak tawu bape suhu. Sebab maghrib tu hujan dan berkabus kat luar. Sejuk gila. Aku siap pakai 3 lapis baju. Tshirt, cardigan dan jaket poly aku. Malam tu ktorg jejalan kat pasar plak. Memacam ada. Biase la ada strawbery, sayurII, cenderamata. Aku beli bantal pelok ulat yang besar. Harga dia RM20. Murah taw. Then jalan lagi, aku beli keychain satu kotak. Pastu aku beli strawbery 2 bekas besar RM15.

JalanII kat depan lagi, ada orang jual strawbery 2 bekas besar RM10. Pergh, murah siot, tapi da terbeli yang mula tadi. Nak wat camne kan. Bukan rezeki kita, tapi rezeki dia. Biarkan jlah. Pastu jalanII lagi, ada offer strawbery bekas kecik 5 bekas RM20. Then adek aku tawar 6 bekas RM20. Then tauke tu setuju. Beli la. Hehe. Malam tu memang dorg banyak nak habeskan stok. MurahII strawbery tu semua. Memang panjang pasar malam kat situ. Dekat je ngan hotel ktorg. Jalan kaki je. Tapi disebabkan hujan, malas nak jalan jauh lagi. Ktorg pon balek rehat. Malam tu memasing tidur awal. Letih sangat agaknya satu hari berjalan.

Ahad plak, pagi dalam pukol 11 ktorg da check out. Masa otw balek tu sempat singgah pasar. Beli apa yang murah. Hee. Memacam mama beli. Lepas tu terus balek, tak singgah memane. Sbb kat MARDI da ada semua. Sampai rumah dalam pukol 5 pm. Memang letih. Tapi seronok. Alhamdulillah, tercapai hajat Ayah bawak ktorg sefamily gi Cameron. InsyaAllah ada rezeki pergi Langkawi plak. So itu sahaja dari aku. Gambar banyak, tapi lebih kepada semulajadi. Sebab aku suka amik gambar pemandangan yang cantik. So enjoy ^^

MARDI













LADANG TEH 

STRAWBERY & CACTUS FARM 


BIG RED STRAWBERY FARM



RANDOM

No comments:

Post a Comment