Wednesday, June 5, 2013

Maafkan aku - Nur Fatihah

Hati nie seperti ingin meluahkan. Tapi tak tawu tajuk utama apa yang nak diutarakan. Bila difikirII nakalnya aku dulu. Dan aku yakin pasti mereka yang mengenali aku dulu tidak percaya jika aku berkata, "Aku ingin berubah" , "Aku sudah berubah" , "Aku tidak seperti dulu lagi". Percaya ke mereka pada apa yang aku katakan? Sedangkan dulu aku lah begini begini dan begini. Bila aku godamII balek cerita lama dalam blog nie. Aku pernah update tentang siapa yang tak suka aku. Apa yang mereka hina aku. Kenapa dulu aku tak sedar. Kenapa dulu aku endahkan. Kenapa dulu aku pekakkan telinga, butakan mata atas apa yang mereka lontarkan.

Sepatutnya aku ambil iktibar untuk berubah. Begitu pandangan mereka pada aku. Hinanya rasa. Bukan aku cuba meraih simpati. Tapi ini luahan hati yang aku rasa bila aku baca cerita lama. Bila kawanII lama nak buat reunion, terasa macam diri tak diperlukan. Cara mereka, aku tahu. Mereka tak mahu aku ada sebolehnya. Sebab bila aku cuba tegur dan tanya, mereka hanya mengendahkan. Mungkin sebolehnya tidak mahu aku ada sekali. Tidak mengapa. Aku tak ambil hati. Aku sedar aku dulu bagaimana. Tapi berilah aku peluang untuk buktikan aku tidak seperti dulu lagi. Susah ke?

Atau memang takde ruang da untuk aku beritahu siapa aku yang kini. Kalau boleh aku nak minta maaf pada semua yang pernah aku sakiti. Tidak kira lelaki atau perempuan. Muda atau tua. Aku tahu aku dulu banyak sakitkan hati orang. Nak jumpa satu persatu entah bila berjodoh untuk bertemu. Nak luahkan rasa malu. Ego masih tersimpan sedikit didalam diri. Biasalah, da nama pon manusia pasti masih terdapat sedikit ego. Tapi aku cuba untuk buang ego itu. Tapi aku buntu bagaimana nak meminta maaf pada semua orang. Nak aku post difacebook, nanti kata aku macam tunjuk baik.

Harinie minta maaf, esok buat lagi. Walaupon aku tahu hanya Allah yang menilai niat kita. Takkan nak tunggu aku pergi, pesankan pada keluarga untuk meminta maaf bagi pihak aku. Tak boleh juga. Selagi hayat dikandung badan, mohon la maaf selagi termampu. Jadi aku cuba untuk memaafkan mereka tiap hari sebelum tidur, agar mereka juga akan memaafkan aku hendaknya. Jadi sesiapa yang mengenali aku, Nur Fatihah, maafkan la aku andai pernah menyakiti hati kalian. Maafkan aku, dan halalkan apa yang pernah aku makan, minum, barangII, ilmu dan seumpama dengannya. Moga tiada dendam dihati kita. Dan kita akan terus bersaudara sesama islam.

No comments:

Post a Comment