Monday, August 5, 2013

Iftar Kustech di Pak Usu Steamboat



#IftarKustech #KustechBatch11 #LoveThemSoMuch #Unite #Mecky #Civil #Electric #Engineering

"Andai mereka tanya kenangan apa yang paling aku rindu. Akan aku bilang aku rindukan semalam"


4 August 2013. Semestinya ia akan menjadi satu kenangan yang terindah buat kami semua kerana ia dapat mengumpulkan kami setelah hampir 2 tahun tidak ketemu. Event berbuka puasa pertama dibuat yang menggantikan baraan yang tak dapat dibuat pada tahun ini. Dan alhamdulillah iftar nie mendapat sambutan ramai. Aku pasti admin (Azlee & Sam) pon masih rasa terharu sampai skrg, sebab event yang dibuat nie berjalan dengan lancar dan berjaya. Sebelum nie tiapII tahun dorg buat event, tapi yang pergi semua muka yang sama dan budak laki biasanya. Perempuan takde pon.

Tapi walaupon ada eventII yang ktorg tak dapat join, ktorg tetap aturkan pertemuan diluar rancangan. Dan alhamdulillah, ia masih berterusan sampai skrg dan hubungan kami masih rapat dibawah satu nama iaitu Kustech. Ramai jugak yang datang semalam, 74 orang rasanya. Macam tak percaya. Riuh Restoren Pak Usu Steamboat tu kami buat. Dengan gelak tawa, gurau dan boraknya. Sampai org keliling pon pelik lihat kami agaknya. Ini bukan iftar bersama budak kelas, bukan budak course, tapi budak sekolah. Satu batch 11 kami panggil. Dan sungguh semalam tak cukup untuk lepas rindu.

Meja aku pon boleh tahan riuhnya. Semeja dengan budak dorm R32 dan gengII kami. Mau tak riuh. Maklum la, dulu pon mane pernah diam nya. Ada aje benda yang nak dibuat, mau tak kene attack ngan warden. Jumpa kat luar pon gitu la. Ada aje benda nak diborak. Macam berpuluh tahun tak jumpa. Meja belakang aku lagi tak boleh blah. Budak laki, gengII hardcore katakan. Lagi la riuh dengan gelak ketawa dorg tu. Nama pon laki, gurau kasar pon bukan tembus ke hati. Aku lagi respect kat dorg. Sampai skrg, dorg masih lepak sesame. Tengok bola ke, lepak malam minggu ke, mesti dorg bersama. Betapa akrabnya hubungan Kustech.

Jumpe dorg semalam, ramai cakap aku makin chubby, pipi pon makin naik, aku cuma mampu gelak dan cakap, aku makin bahagia, tu je. Ramai tanye bila dapat makan nasi minyak, aku cuma mampu cakap, doakan jlah ktorg. Ada jugak yang saja sakat, apa rahsia boleh kekal sampai skrg. Aku sakat org tu balek, kau pon apa kurangnya dengan si Peah tu lagi lama dari kami. Haha. MisaiII, ada aje bahan nak ngusik. Bila tanya mana Peah, dia cakap kat rumah jaga anak ada 10 orang. Pastu usik kami lagi, tanya korg nak bape banyak, aku 10 dah. Aku cakap aku lebih satu, 11 orang. Sekali roza cakap eh salah, 14  orang la. Amboi. Aku gelakkan aje.

Sungguh kenangan semalam terlalu indah untuk dilupakan. Orang yang tak pernahII kita bertegur sapa dulu, tapi semalam, siap lagaII pipi, siap borak macam kawan baik. Kering tekak jugak semalam berborak dengan gelaknya. Memang seronok. Makan bukannya banyak sangat pon. Tapi borak nya yang lebih. Maklum la, bila lagi dapat berborak lagi kalau tak semalam kan. Lepas iftar, ada sedikit ucapan dari Azlee, dan sedikit cabutan bertuah just nak meriahkan lagi suasana yang sememangnya meriah tu. Susah jugak nak suruh dorg diam. Masa cabutan bertuah nie pon seronok jugak. Lagi kuat menyakatnya budakII laki nie.

Ada ke salah satu hadiah yang diberi pemukul lalat elektrik tu. Saje je admin nie. Haha. Lepas cabutan bertuah, ambil gambar ramaiII. Yang nie susah jugak nak suruh semua duduk kat satu tempat. MasingII sibuk bergambar sesame sendiri. Maklumlah, lepas bergambar nak balek, mesti la nak bergambar buat kenangan dulu kan. Memang jalan depan restoren tu jalan ktorg. Nasib baik jarang kereta lalu. Lepas admin susun orang, ktorg pon bergambar. Pastu sape tah yang suruh sebut A B C D then Eeeeee. Semua gelak. Haha. Sengal betul.

---------------------------------------

Masa daftar nama and bayar. Sempat bergambar ^^
Girls :)

With dormmates yang paling kita rapat till now. Tirot ^^
Masa memula sampai. U'ul, Lolax and Tirot.
Ain and U'ul.

Classmate 5M4 ^^ Milo, Wan and Azlee.

Tirot, Rudy and Lolax ^^

Tengok admin (Azlee) yang tunjuk arah tu. Muka tegas je. Haha.
Classmate 5M4. Yang ada sampin tu je bukan. Sedihnya tak dapat bergambar ngan dorg. Sibuk sangat layan org lain :'(

With Daya Bolat. First kawan masa di Kustech.



With dormmates ! R32 yang hardcore ! Sayang korg !




#Dormmate Lolax, Tirot and Aynaa.















Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Kami Kustech Batch 11 ^^

And lastly me and him ^^ Dari kustech and till now :)
---------------------------------------

Jujur aku katakan, aku sayangkan Kustech dan semua rakanII Kustech. Jujur aku katakan, disini aku belajar erti kehidupan, nilai persahabatan yang tidak akan aku jumpa ditempat lain. Jujur aku katakan, aku tidak pernah menyesal dimasukkan ke sekolah ini, kerana ianya bagai sebuah novel yang mengisahkan tentang pelbagai kisah suka duka menempuh hidup sebagai seorang remaja. Dan kita, walau terpisah beribu batu. Walau terpisah dek jarak. Tapi kita masih satu dibawah satu nama,‪#‎Kustech‬ and we always unite ! :')

Kita bukan malas, kita bukan nakal. Kita cuma mahu mencipta kenangan sepanjang 2 tahun di Kustech ! Dan sungguh, ia memang kenangan yang paling berharga untuk dibuang. Bagi aku, memasuki sekolah ini memang pengajaran yang bagus untuk aku berdepan dengan dunia yang kian mencabar. Yang membantu aku memilih siapa kawan yang setia dan kawan biasa. Dan sungguh, Kustech memang mempunyai memori yang tersendiri. Dan setiap daripada kami mempunyai kenangan kami yang tersendiri :')

No comments:

Post a Comment