Sunday, August 28, 2016

I'm engaged ^^

On 23 July 2016 I'm officially engaged with Roza. Alhamdulillah. Seperti yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar walaupon agak kelam kabut sikit sebab buat open house raya sekali kan. Memang agak penat la sebab buat semua sendiri. Dari beli barang mentah, rewang, mengemas. Fuhh, le tahan penat dia. Masa tu da terbayang majlis besar nanti cemane la kan *emoji ketawa nangis*. Tapi papepon nak ucap terima kasih banyak-banyak kat nenek sebab tolong masak untuk kenduri and jiran-jiran yang datang tolong rewang sekali. Okay, berbalik pada majlis, secara jujurnya memula aku takde rasa nervous taw. Sehari sebelum majlis, kawan-kawan aku dok whatsapp tanye cemane perasaan, mesti busy and nervous kan. Aku cuma cakap, nervous tu takde la. Just busy and penat jelah. Kau bayangkan, malam before majlis tu memasing tidow kol 3 weh. Lepastu subuh kol 6.30 da bangun *emoji ketawa nangis*. Settle majlis plak, aku ngan adik aku dua org berkemas and tidow kol 2 pagi. Penat tak penat la weh. Memang pengsan habes. HAHAHA. Nak wat cemane, bukan selalu kan. Nie la dia. HAHA.

Okay, majlis berlangsung lepas zohor. Family lelaki sampai, then dorg bincang antara dua keluarga. Then dorg panggil aku kedepan, masa tu baru rasa nervous! HAH. Memula tak rasa ape kan, sekali da kedepan dengan semua org pandang kau, memang nervous weh. Masa tu duduk atas pelamin, tangan da menggigil-gigil da. Nak sarung cincin lagi kelakar, ibu (bakal mak mertua) da gelakkan aku da sebab aku menggigil. Then ibu usap tangan aku masa nak sarung cincin tu untuk hilangkan nervous *emoji ketawa nangis*. Okay, settle part sarung cincin, then dorg sume gi makan-makan. Masa nie aku tak banyak kuar, aku banyak dok kat dalam je sebab org nak amik gambar kan. 

So far dah jadi tunangan org nie, okay la. HAHA. Sebab ktorg da lama bercinta en, dah 6 tahun lebih. So even da tunang pon rasa cam takde beza kot. HAHA. Aku pon sampai lupa yang aku nie dah bertunang sebab masa family dia ajak gi dinner sekali, aku cam pelik la kenapa ajak aku sekali sebab before this tak pernah pon kan. Aku punye la try hard memikirkan jawapan, baru aku perasan sebab aku da bertunang, sebab tu la family dia ajak aku sekali. Okay ini memang lawak *emoji ketawa nangis*. Teare teare. Boleh plak lupa kan. HAHAHA. Dan sepanjang sebulan da jadi tunangan org nie memang aku tengah belajar memasak lebih banyak jenis masakan. Sebab skrg nie aku akan masak untuk bekal lunch. Dan aku sedang belajar untuk kawal marah and emosi aku bile bergaduh ngan dia. So far lepas tunang, takde gaduh lagi *emoji ketawa nangis*, moga dapat kekalkan lah kan. HEHE.

Persiapan majlis pon, ada la tinggal dalam 40% lagi kot. Lagipon masa pon tak lama dah. Tinggal 4 bulan lebih je weh. Cuak tak cuak la wehh *emoji ketawa nangis*. Moga dipermudahkan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Amin... So here, kte layan gambar masa tunang sat. Gambar dari photographer tak dapat lagi. Nie gambar dari phone and camera org lain je.

















 




 






 
Okay, Kalau nak tawu pelamin, make up dan fotographer aku dari Andaman InaRaja. Search je kat fb, confirm jumpa. Kalau kat Bandar Sultan Suleiman nie mostly org akan amik pakej make up dia, sebab memang cantik dan murah. Baju pon lawa-lawa weh. Kalau nak order baru pon boleh, tapi tambah sikit jelah. Pakej dia yang paling mahal pon baru RM2500 weh. Kalau kat tempat lain mau sampai RM3000++ ke atas. Tapi nie, memang paling mahal RM2500 je. Fotorapher plak paling mahal pon pakejnya RM800 + RM150 (outdoor). 

No comments:

Post a Comment