Sunday, August 28, 2016

Bercuti di Cameron Highland

On 3 - 5 Mac 2016 haritu ktorg satu family plan g ke Cameron Highland. Okay percutian kali nie lain sikit sebab ktorg pergi time bukan public holiday and weekend. Ktorg g time weekdays. Khamis pagi tu gerak ke Cameron. Masa berhenti kat R&R pon rasa cam sunyi je. Tak ramai org langsung. Heaven gile tak bersesak-sesak. Ylah, kalau gerak hari jumaat kan mesti da mula ramai org kan. Time tu la org nak g bercuti dan balik kampung segala. Sampai je Cameron, terus carik tempat yang ktorg da book. Okay, untuk percutian kali nie aku book kat Agro Highland and Chalet di Brinchang. Aku jumpa pon kat google. Then masa sampai sana, ktorg bayar and bagi deposit rm50 tak silap. Tempat nie memang dekat je ngan pekan Brinchang. So takde masalah untuk ke atas lagi dan turun ke bawah sebab dia centre.

Ini family unit yang disediakan oleh Agro Highland nie. Harga pon ikut jenis unit yang korg nak.
Nie la Agro Highland nya. Gambar nie org Agro tu yang bagi untuk senang korg carik. Nanti dia akan bagi petunjuk arah gak tempat-tempat yang korg akan jumpe before jumpe Agro nie.
Untuk aku, ktorg sampai je sini, ingatkan sini la tempat ktorg akan stay. Rupanya tak, disebabkan family unit yang aku mintak tu untuk 4 org dewasa. So tempat ktorg tu dalam lagi. Ada sorg budak bawak ktorg ke tempat tu. Rupanya tempat ktorg tu berdepan dengan kebun strawbery. Heaven gile wehhh. Sampai-sampai je mak ayah aku semua pergi kebun tu and petik sampai sekilo. Org kebun tu cakap dorg tak buat camtu narnye. Tapi sebab ktorg nak, dia bagi ar. Sekilo RM30 tak silap. Murah en? Kalau kat tempat lain susah weh nak dapat harga petik timbang yang murah.

Nie la kebun strawberi nya. Bebetul depan bilik. Best kan.



Tengok la tu, da petik siap terus makan lagi ^^





Lepas da petik, ktorg rehat. Petang tu ktorg pegi Ladang Teh. Sampai sana parking banyak kosong. Ya Allah lagi la rasa heaven gile. Before this pernah g Cameron, masa tu sesak gile dengan jem ramai org nya sebab pergi time cuti sekolah kan. So bile dapat pergi balik untuk kali kedua dengan suasana yang sangat berbeza memang best. So tips nak ke Cameron nie adalah jangan pergi time cuti sekolah, public holiday and weekend. Sangat sesak dan jem. Da la jalan nya satu tu je. Habes masa kat dalam kereta ngan atas jalan hadap jem je weh. Rugi. So rancanglah percutian anda dengan sebaiknya. Okay berbalik kepada Ladang Teh nie. Parking senang je dapat, sebab kosong. HAHA. Lepas tu tempat duduk pon banyak kosong, memang sedap je amik angin kat atas tu sambil menikmati minum petang. Pergh! :D Masa first time pergi tu aku tak turun ke ladang. Sebab ramai sangat org. So kali nie aku turun sebab tak ramai org. Tapi memang seram, sebab curam en. Kasut aku plak licin. Lagi la aku cuak.

The view was so nice dengan angin yang sangat kuat






Merenung apa tu yah ^^


Lepas da lepak, balik bilik and rehat. Lepas maghrib ingat nak gi makan. Sekali mama plak tetibe gastrik, malam tu jugak la carik klinik. Klinik yang bukak pon kat pekan Brinchang yang ada hotel banyak tu. Masa tu memang sejuk. Sambil-sambil tunggu mama gi jumpe doktor, aku ngan adik aku gi beli KFC sebab ayah kata mana tawu time tengah malam nanti lapar ke ^^. Lepas da gi klinik, gi makan kat gerai makan mane tah. Tapi okay ar. Masa tu pon da pukul 10, memang da ngantuk and kedai pon banyak da tutup.

Jalan-jalan time malam yang best narnye. Fefeeling oversea gitu. Masa nie memang sejuk sangat. Tak tahan.

Hari kedua, memula ktorg gi Laverder Garden. Nie first time ktorg masuk sini. Kebetulan datang awal, so parking pon ada la kosong. Masuk RM8 sorg tak silap. Dalam nie memang kau akan jumpe dengan bunga Lavender yang sangat cantik. Kre dalam nie lebih kepada bunga-bunga la. Tapi memang cantik. Jalan sini je da sampai tengahari :D 





















Tengahari tu ktorg g makan kt kedai nie. Lupa namanya. Tapi betul2 dekat dengan Pasar Kea Farm Brinchang. Sedap pon sedap. 


Petang tu pergi Big Red Strawbery Farm plak. Yang nie tempat wajib pergi. Sebab nak makan makanan yang mesti ada strawberi. Hihi. Sampai je sana weh, kau tak yah beratur macam yang aku pernah kena before this. Yelah masa tu ramai org kan, memang beratur panjang gile. Tapi kali nie pergi, sampai-sampai je terus ke kaunter nak bayar. Takyah beratur sebab tak ramai org. Heavennya. HAHAHA. 


Salad pon ada weh

Cactus dia lawa-lawa


Mama ajak bergambar kat sini. Guna background bunga nie. Memang cantik. Bunga nie kat pagar masuk farm nie.


Makan-makan. Semuanya mesti ada strawbery ^^. HAHA.









Cactus nya besar-besar weh. Seram tengok.










Malam tu ktorg gi Pasar Brinchang. Beli strawberi and makanan yang le buat makan malam tu. Kalau dulu Pasar nie kat tepi jalan. Skrg nie, dia buat kat satu tempat khas supaya tak jem. Tapi still tepi jalan, cuma tempat yang lebih khusus la, takde la halang lalu lintas.
Esoknya, before balik singgah tempat lebah ke ape tah. Lupa dah. Tapi boring. Takde ape sangat. Balik tu baru rasa sesak sikit sebab hari sabtu hari kedua org berjalan kan. Ktorg lak nak balik. So memang best ar gi bercuti hari khamis tu. Harga family unit pon dapat murah. Org tak ramai. Memang percutian yang best dan menyenangkan.

No comments:

Post a Comment