Friday, February 3, 2017

Sementara korg masih belom kahwin, korg enjoy la masa bujang kau nie dengan aman dan tenang. Luangkan seberapa banyak masa dengan parents and kawan² kau instead of your bf/gf. Bukan ape, nanti bila dah kahwin, korg tak dapat dah nak nikmati masa yang ada sebelum kahwin tu lagi bila korg da kawin. Serious talk. Skrg baru aku faham apa yang mama rasa. Bila kau da kahwin, kau kena pandai luangkan masa dengan diri sendiri, pasangan, family sendiri dan family mertua. Sebab kalau kau lebih banyak luangkan masa kat family sini, nanti family sana yang terasa, sedih and rindu. Dan bila ada yang terasa, kau pon tak tawu nak cakap camne sebab bukan kau tak rindu. Tapi masa dan kekangan untuk berada bersama ngan dorg time tu. Sebab tu la benda paling penting, jangan putus contact and call family even sekali sehari. Sebab kalau kau tak buat camtu, family kau ingat kau tak ingat dorg dah. Tu la benda paling penting. Jaga hati family. Sebab bila kte dengan family pasangan, kte rindu family kte. Bila pasangan time tu dok ngan family kte, dia plak rindu family dia. So sebagai pasangan kena tenangkan sesama sendiri la. Saling faham memahami. Tu yang penting.

No comments:

Post a Comment