Sunday, February 25, 2018

Resepi - Buttermilk chicken

Buttermilk chicken nie salah satu resepi simple yang aku suka buat. Sebab bahan dia sikit je dan ianya sedap 😋😋.

Bahan² :-
Isi ayam
Tepung goreng ayam cap bestari (aku suka guna tepung cap bestari nie sebab ianya dah ada perasa. So tak perlu letak garam lagi dalam tepung nie)
Butter
Susu cair
Bawang putih
Cili api
Daun kari

Cara masak:-
1) Goreng ayam
• Gaulkan ayam dengan tepung goreng cap bestari
• Goreng ayam tapi jangan garing sangat

2) Buat kuah buttermilk
• Panaskan suku butter
• Tumis bawang putih dan cili api 3 biji (ikut tahap kepedasan) yang dah dichop, dan daun kari sikit. Daun kari nie kalau takde pon takpe. Ianya untuk mewangikan je.
• Masukkan susu cair 2 @ 3 tin then kacau sampai pekat. Untuk 2 orang makan 1 tin pon dah cukup. Kalau nak buttermilk nya cair, so agak² dah cukup rasa ape semua dah okay dah untuk hidang.
• Masukkan garam secukup rasa

Kalau rasa² nak makan lambat sikit, tak payah campurkan ayam tu dengan kuah dulu. Tapi kalau nak makan time tu gak baru gaulkan ayam dengan kuah tu.

Kalau nak masukkan brocoli pon boleh. Lagi sedap.
Just rendam brocoli dalam air dan garam dulu untuk beberapa minit. Kemudian buang air rendaman. Masukkan air panas dan garam & serbuk perasa sikit. Nak bagi rasa. Then buang air tadi. Kemudian campurkan je brocoli dalam kuah. Serious sedap. Haritu rasa macam menyesal beli brocoli sikit sangat 😅😅. Btw, selamat mencuba 😉😉

No comments:

Post a Comment