Disebabkan suami aku memang suka gila sotong goreng tepung nie. Gigihkan jugak la masak sebab nak buat dia agak leceh. Sotong kan mudah meletup kalau digoreng, so benda nie memang kena buat satu². Salut kat telur, salut tepung, masuk dalam kuali. Semua kena satu². Tak boleh main terus amik satu genggam gaul dan campak dalam kuali. Sudahnya sotong kau jadi cekodok je nanti (sebab pernah try, malas sangat time tu) 😅😅.
Bahan² tu aku takde kira berapa banyak, so agak² je. Well masakan malaysia kan memang jenis agak² je 😅😅.
Bahan²:-
Sotong
Cuka
Bwg putih
Lada sulah
Telur
Tepung cap bestari
Cara²:-
1) Potong sotong dan letak dalam penapis supaya air turun. Ia untuk kurangkan meletup masa masak tu.
2) Bawang putih dichop dan masukkan dalam sotong. Gaulkan bawang putih sekali dengan cuka buah (tapi aku guna cuka buatan, tapi sikit je).
3) Masukkan lada sulah dan garam dalam sotong.
4) Kemudian gaulkan semuanya dalam penapis tu. Biarkan seketika. Nanti air sotong tu akan turun.
5) Lepas tu pecahkan telur dan pukul, tapi jangan sampai kembang sbb nanti telur jadi ringan dan sotong takkan melekat. So agak² 3-4 pukulan dah okay dah.
6) Lepastu masukkan satu persatu sotong dalam telur dan tepung dan makesure telur dan tepung kena semua tempat. Lepas tu masak pon letak satu persatu supaya sotong tak melekat dan akan garing. Jgn goreng terlalu lama sebab takut liat.
Hasilnya... Taraaaaa. Memang puas hati weh. Aku ratah camtu je kadang tu. Makan ngan sos cili. Sedap gile okay. Biasanya aku akan masak waktu balik kerja awal sebab nak buat nie amik masa hampir 2 jam 😅😅. Btw, selamat mencuba 😉😉
No comments:
Post a Comment